2011

Assalamualaikum

Sudah satu , dua , tiga *mengira* . sudah tiga hari aku meniggalkan dunia internet . maksud aku . sudah tiga hari aku tak berblogging , berfacebook , bertwitter dan beryoutube .  twitter jarang-jarang je aku on . entah kenapa , sekarang aku merasakan facebook teramatlah boring -.- .

Dulu , setiap hari  wajib! on fb . tapi , sekarang tak dahhh . kadang-kadang je aku online facebook . berblogging jerlah sekarang yang aku suka . haaa! SKYPE . yess! skype :D . skype lagilah aku suka . kalau chatting dekat skype lagi best *thumbs up* .

Bagi aku , chatting dekat skype lagi laju berbanding facebook . bagi aku la , bagi kau . aku manelah tahu *angkat bahu* . besok dah nak masuk tahun 2012 . cepat kan ? :) . pejam celik pejam celik , dah nak masuk tahun 2012 . 

Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui pada  tahun 2011 . kau pon same kan ? mesti ada kenangan manis dan pahit macam aku  :) . aku nak terima kasih banyak-banyak kepada sahabat aku  Safarina , Aliaa , Hasanah , Sameeha , Ainur , Auni ,  kawan dekat sekolah Dato' Ahmad Maher , geng SYAFIYALIN , kawan kepada Mr.Ts dan classmates aku 1 Al-Biruni tahun 2011 sebab sudi menjadi kawan aku sepanjang tahun 2011 , heee ^^ .   

TV3 yang tahun 2011 punyaa , TERBAIIIKKKK ;) . saya suka saya suka ^^  -versi Mei Mei - . tadi malam , adik beradik aku layan cerita yang WANTED tuu :) . memang best gila cerita tuu . tak lupa jugak cerita Tentang Dhia . fuhhhhh! yang last episod tu memang cool gilalahh! . keluar sampai air mata aku T__T sobsob .

Ok dah , tu jerlah entry aku yang pasal "2011" . Selamat Tahun Baru yeee :) . Babai dua ribu sebelas 2011 , Selamat datang dua ribu dua belas 2012 :)




p/s : kau perasan tak? blog aku dah bertukar macam ultrauman :D .

Alhamdullilah :)

Assalamualaikum

Yeahhh ! aku nak terima kasih banyak-banyak kepada si budak kurus Amirul Syafiq , Aisyah kawan montel aku ,  kakak aku Li-Sha , adik aku Hakim  and tak lupa jugak sepupu aku Fatah :) .  aku nak terima kasih dekat diorang sebab buat lawak yang gila . sampai aku ketawa terkekeh-kekeh macam pontianak  . dan disebabkan lawak diorang semua ,  aku dah boleh  senyum macam dulu :)

kelmarin si aisyah datang rumah aku . aku jugak yang suruh dia datang , hewhewhew . aku pergi amik dia dengan menaiki sebuah basikal ? :D , cool tak ? . bukan fixie taw :3 . best gila , masa aku nak sampai rumah dia tu . aku nampak perempuan pakai baju warna 'pink' and badan dia cool gila kot berdiri di bawah pokok mangga   . lansing jeee pompuan tuu  , piiwetttttt :* .

rupa-rupanya si badan lansing tu aisyah kawan aku  . aku ingatkan sepupu aisyah . makin comel kau sekarang cah :) . aku berhenti sekejap dekat rumah aisyah tu  dan mulalah perbualan kami di depan rumah aisyah .

Aisyah : Wahh! cepat kau sampai . baru je tadi aku call kau .

Aku : Hehe :)

Aisyah : Emy , kau cakap nak naik basikal yang ade tempat duduk dekat belakang? . kenapa tak bawak basikal tu ? .

Aku : Basikal aku yang tu , rosakk cahh . petang ni baru siap dibaiki . takpe , basikal ni pon boleh kalau  nak naik dua orang . aku duduk dekat depan ni taw .

Aisyah : Oke . haih! gayat lah pulak rasanya my . maklumlah , lama dah aku tak bergatih my .

Aku : Haih kau ni . tak payah nak gayat sangat .

Klip klip , kami dah sampai dekat rumah aku . aku suruh aisyah masuk rumah . pastu , dia pergi berjabat tangan  dengan mak aku . and then , kami duduk dekat kawasan ruang tamu . bual-bual , gosip sikit :3 . pastu , gelak-gelak macam binatang dekat zoo tuuu .

Aku : Cahhh , dahhh! STOP! lenguh dah mulut aku ni cahh . dari tadi asyik gelak jeee . letih aku layan kau .

Aisyah : Hhahahhahaah , padan muka . siapa suruh kau layan aku ? :D

Aku : Heyyyy kau niiii . dah dah , letih dah aku ni weyy . ehh , kau tak dahaga kee?

Aisyah : Okeoke , stop kejap . dahaga lahh -.- .

Aku : Kau nak air ape ? teh . cepat cakap! aku nak pergi buatkan ni .

Aisyah : Fresh Orange yeeee . HAHAHAH .

Aku : Batak kau , fresh orange mana ada dalam rumah aku ni -.- . teh kau nak tak ni?

Aisyah : Hhahaha , apa lah kau ni . taknak , nanti kalau aku minum air teh . memulas perut aku jadinya .

Aku : Oke , senang2 . air kosong jerlah HAHAHAH . kejap , aku nak pergi dapur . nak amik air kosong .

2 minit kemudian ......

Aku : Hah ! air kosong . minum taw .

Aisyah : Oke , aku minum .

sedang asyik aku minkmati air kosong , tiba-tiba ~

Aku : Hadoiyyyy ! sakit kepala aku ni .

Aisyah : Apa lah kau ni , air kosong jee bagi dekat aku .

Aku : Hhahaha , padan muka kau . minum lah lagi , kenapa tak habiskan . habiskan cah , aku gusti kau pasni cah kalau kau tak habiskan air kosong tu . "KELPAP" hah! amik kau , HAHAH . sakit kepala aku tahu tak .

Aisyah : Aduhh sakit laaa . nantilah aku habiskan , aku nak sambung textting dengan pakwe aku jap .

Aku : Hah! padan mukaa kauu cahh . awal pakwe kau bangun . Terbaiikk! lah kau dengan dia cah . pagi-pagi dah textting . aku dulu , malam-malam buta je cah .

Aisyah : :P . hahaah , ohh biasalah . hah! dah start dah tu .

Aku : :P . dah stop ! penat lah aku cahh .

fuhhh , panjang dialog aku tulis . aku memang bersyukur gila dapat kawan macam si aisyah tu . memang masa dia datang rumah aku tu , penuh dengan gelak ketawa rumah aku . aku sampai letih nak bercakap . tertidur buat sementara pon adaa , penattt lorhhh -.- .

Bai ,tu je ayat entry untuk hari ni .  thanks yeee sebab sudi baca entry blog aku yang tak berapa nak menarik ayatnya :)

P/S : Baju biru , buat abang rindu \ Bini-biniku Gangster :D /

aku benci bulan December dan tahun 2011

Assalamualaikum

sekarang jiwa aku kusut . aku rasa nak bunuh diri , tapi tak boleh Allah marah . jujur aku cakap , aku memang benci gila bulan December sebabnya :'( . baca dekat bawah ni .
  • Dalam banyak-banyak bulan , bulan December 2011lah yang  banyak aku mengeluarkan air mata .
  • Dalam banyak-banyak tahun , tahun nilah buat aku gila and stress setiap hari
  • Bulan December , dalam sejarah aku sakitkan badan aku sendiri dengan menggunakan sebatang  JARUM.
  • Bulan December , aku hilang kawan :'( .
  • Bulan December , bulan yang paling teruk aku bergaduh dengan Mr.Ts :'( .
  • Bulan December , perangai Mr.Ts yang dahulu  hilang entah kemana . Ya Allah , aku rindu Mr.Ts yang dahulu :'( 
  • Bulan December , aku dapat mimpi yang teruk :'( .
  • Bulan December , kurang senyuman yang terukir di bibir aku :'(
  • Bulan December , penyakit "sakit hati" datang lagi :'( . 
aku penat / letih menangis setiap hari . asalje aku on skype , hurmm mulalah si air mata nak keluar . pagi tadi , sempat lagi  aku video call dengan Mr.Ts . kalau dulu , video call je dengan dia, mesti dia senyum . tapi sekarang , tak dah . aku jugak yang kena suruh dia senyum :') .

 jujur aku cakap , aku menangis lagi masa video call dengan dia :'( . aku renung muka dia puas-puas . tapi aku tak boleh renung muka dia lama-lama sebabnya aku rasa sakit hati sangat-sangat . aku cuba tahan penyakit tu , tapi tak boleh :'| .

sakit tak terkata :'( hati aku masa vc dengan dia . pastu tiba-tiba , kepala aku sakit + tangan aku sejuk + kaki aku sejuk + badan aku panas dan sekali lagi aku menangis . hanya Allah sajalah yang tahu betapa sakitnya badan aku masa tu .

btw , thanks aisyah . \ aisyah kawan lama aku / .

thanks aisyah sebab kau halang aku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan aku mati :'(

thanks aisyah
sebab banyak bagi nasihat dekat aku .

thanks aisyah
disebabkan lawak bodoh kau tu , senyuman yang tak berapa nak manis di bibir aku ni terukir buat sementara :') .

thanks aisyah
sebab kau sudi dengar tangisan aku yang tak berapa nak comel macam tangisan sepupu aku yang baru lahir :') .

thanks aisyah
sebab kau faham jiwa aku .

Aisyah , kalau kau tak wujud dalam hidup aku , maybe aku sekarang berada dekat hospital Unit Kecemasan :'(  . aku sayang kau cahh , sayang sangat-sangat . kalau kau berada di sebelah aku sekarang . dah lama aku peluk kau cah biar sampai kau kurus :') .

Bai , assalamualaikum :') .

aku sayang kau , kawan :') + Mr.Ts :'|

Assalamualaikum

tadi pukul 2 pagi , sempat lagi aku skype dengan kawan aku yang namanya syafiq , hewhewhew :3. sumpah aku rindu dia , yerlahkan petang tak boleh nak chit chat dengan dia sebab aku malas nak online . semalam aku ada banyak prob . sumpah! aku perlukan kawan masa tu . perlukan kawan untuk luahkan isi hati aku ni .

yerlahkan kau pon sama dengan aku kan ? , kalau ada prob je mesti kawan dulu yang kau cari . kalau mak/ayah kau sportim mesti kau cari parents kau kan . mula-mula aku nak luahkan isi hati ni dekat si A tapi , aku taknak sebab dia dah ada kawan baru . pastu aku fikir aku nak luahkan isi hati aku ni dekat si H tapi aku tak berani , sebab dia ada kawan baru jugak .

entah kenapa aku rasa takut kalau nak cerita tentang masaalah aku kepada sahabat karib aku ,  yang baru mempunyai SAHABAT YANG BARU , faham tak ? . aku online skype kejap , manalah tahu kotkot ada kawan aku yang namanya si syafiq tu online .

alhamdullilah , syafiq online masa tu . ada jugak tempat aku nak luahkan isi hati aku ni . aku pon tegur lah dia , and kami pon chatting lah . pastu aku call dia , aku cakap dekat dia aku nak call je taknak video call sebab aku malas nak pergi amik tudung dalam bilik . bilik gelap lorhh :3 ada hantu hew hew hew \mengarut/ .

kebetulan Mr.Ts online( skype ) masa tu so, aku call lah dia kejap . yang syafiq aku hold kejap . Mr.Ts  , tekan VIDEO CALL . alhamdullilah , aku boleh jugak tengok muka dia buat sementara . Mr.Ts tanya aku macam ni .

Mr.Ts : kenapa tak buat video call?
Aku    : sorry , gelap .
Mr.Ts : ok .

sebenarnya tak gelap pon . aku saje taknak bagi dia tengok yang aku sedang menangis . memang aku tak boleh tahan air mata aku masa tengok muka Mr.Ts . air mata aku ni nakje keluar . pastu aku sambung calling dengan syafiq yang Mr.Ts pulak aku hold :3 .

pastu aku sambung chat and calling dengan syafiq  .

Aku : FIIQQ!  BECI LAA ! TOBAK EHH!
Syafiq : yo! bakpo pulok ni ?
Aku : PERLUKO EMY JERIKK!
Syafiq : tok payoh la . syafiq kato doh ke takdih don't nangis-nangis  kita happy2 je. toksoh ikut perasaan sangat gak .
Aku : tapi fiqqqqq , hurmmm .
Syafiq : acu senyum gak ehh :) . oloh bakpo nih ? . jange ikut perasaan sangat .
Aku : okee fiqq .

selepas tu , aku tak nangis dah . sebab syafiq lah aku happy . thanks banyak banyak syafiq . kalau kau tak muncul dalam hidup aku , entah apa lah yang terjadi dekat aku :'| . Bai :') .

gambar dekat atas ni untuk syafiq :') . sayang kau kawann , hew hew hew :3 .

Mr.Ts , tolong jangan fikir yang bukan-bukan . emy dengan syafiq just kawan . tak lebih pon :'| . btw , i'm still love you Mr.Ts <3 .

Menyesalll

Assalamualaikum

Yeahhhh! aku menyesal gila sebab kelmarin aku TERmakan pujuk adik aku -.- . kelmarin hujan lebat gila lah dekat kawasan PC . PC= Pengkalan Chepa . so, adik aku apa lagi . dia pon ajaklah aku main air hujan sekali . tapi, aku cakap tak nak sebab takut demam jeee :) .

aku ni nak kata degil tu , hurmm degillah jugak . time pukul 4 petang tak silap aku . dekat kawasan PC hujan lagi so, aku pon MENGgedik jugak nak keluar rumah sebab nak main air hujan .  aku pon main lah sikit air hujan . dalam hati aku berkata cehhh " best jugak main air hujan ni :) " .

pukul 4.10 ptg aku masuk dalam rumah sebab aku sakit kepala . kepala aku ni macam berdenyut2 banyak kali . aku pergi basuh muka pastu masuk dalam bilik .pastu  rehat sikit hehehe :]. keesokan hari tu , bangun dari tidur terus selsema . " bersin " banyak kali . fuhhhh! sumpah serabut -.- .

aku try sentuh dahi . kot kot demam lah kan hahah . dalam hati aku berkata " -.- panas " . oke , aku demam . aku just makan ubat GAMAT yang namanya Gamogen tuu , kenal ? kalau tak kenal tutup mulut :x .dah dah , aku malas nak membebel panjang panjang . bai bai :) .

maybe lagu ni sesuai dengan situasi aku sekarang mueheheheh :] ---> CLICK

CAPTION : mom , i need a doctor :'|

Salam Aidiladha

Assalamualaikum .

pertama sekali , aku nak mintak maaf sebab lambat update entry blog pasal " Hari Raya Haji" . aku bukan sengaja pon update lewat-lewat pasal entry "Hari Raya Haji" , tu pon sebab internet kena POTONG ( senyum kambing ) . dah 3 hari aku tak ONLINE . Alhamdullilah , semalam ayah aku dah bayar semula internet tu :) .

Dah dah , berbalik semula kepada tajuk entry yang hari ni .

6/11/2011 , tarikh Hari Raya Haji :) \ tu pon kena bagi tahu jugak errkkk -.- / . The Lembu tak kira WARNA kulit mereka dan tak kira JANTINA , disembelih \ fuhh! disembelih / atau dengan lebih sopan lagi dikorbankan :) . oke fine ! aku kesian time LEMBU kena korban  .

Time pakcik/abang nak korbankan lembu , aku tak pergi dekat . sebabnya kenapa aku tak pergi dekat . mestilah KESIAN kan . kau tak kesian kee ? . hurmm , ada orang kata . kita tak boleh kesian dekat lembu tu selepas dia kena korban . entah lah aku pon .Kucing mati kena LANGGAR dengan kereta pon , aku dah macam nak nangis . ni sahkan pulak , SI LEMBU -.- . Perut aku dah penuh dengan DAGING si lembu . kau pulak bagaimana? hahaha .

mak aku ada buat BBQ time hari raya yang ke2 tak silap aku :/  . best gila laah  :) . tambah pulak dengan sepupu aku yang kecil lagi comel molek datang jugak time hari buat BBQ . fuhhh! memang bising gila lah diorang -.- . semuanya 6 tahun ke bawah . sorang je yang umur 10 tahun . diorang main tu lah , main ni lah . hadoiyyy , tak larat aku jaga diorang .



Hey , Mr.Kerbau :) . Jangan jeles yee sebab sepupu emy ,  PEGANG TANGAN emy :)


Hhahah . cuba korang FOCUS dekat bibir cousin aku ni . macam Angelina Jolie jeee , hahhaha . \ jahat la aku ni hahah /.



                          

gambar dekat atas ni , tak edit pon :) . aku sendiri yang "CLICK" gambar ni .
Bye and Assalamualaikum :) .

Bersukan Bersama :)

Assalamualaikum

Pada hari Sabtu minggu minggu lepas . sekolah aku ada buat pertandingan antara rumah sukan . antara permainan yang dijalankan pada hari tersebut  ialah , cehhh :) , frisbe ultimate , bola tampar , bola keranjang , memanah antara guru \dibatalkan/ dan sebagainya . aku join permainan yang namanya frisbe \ sorry kalau eja salah 'frisbee' / tuu , best lah jugak :) . Alhamdullilah , pasukan aku iaitu VENUS , naib johan dalam permainan frisbe bagi kategori perempuan .

pengalaman aku ketika berada di padang semasa pukul 8.00 pagi hinggalah 11.00 pagi  :-

- panas gila gila kot -.- . memang rugi besarlah sebab tak bawak air kosong . tekak selalu kering , hanya Allah sajalah yang tahu betapa dahaganya aku masa tu .

-muka separuh hangus :/ . yelahkan , manalah tak hangus , menjemur di bawah sinaran matahari selama beberapa jam , erhhhh .

-memerlukan kesabaran yang yang yang , yang apa :/ erkk . yang banyak kot . sebabnya , entah lahhh .











tu jer lah entry untuk hari ini :) , Assalamualaikum . BAI BAI .

12/10/11 and 15/10/11 :')

Assalamualaikum

12/10/11 <3
Thankss banyak-banyak kepada yang WISH BUFDAY untuk aku :) . lebih 100+  yang wish untuk aku di laman  " facebook " .bukan laman cinta muka buku oke :) .  12/10 jatuh pada hari RABU bagi tahun 2011 . Alhamdullilah , nasib baik jatuh pada hari sekolah . kalau jatuh pada hari JUMAAT / SABTU , tak best kott \ bagi aku laa / . Terima Kasih jugak kepada mak cik cik cik ROSLILY FIKRI , si budak montel lagi chubby bagaikan FISHBALL sebab .............. haaa! kau baca lah sendiri dekat blog dia ni CLICK   :) . SAYE MUM LILY TOBAK EHHH!

Di Sekolah :) 12/10
time masa ke berapa , aku lupa dah -.- ,  cikgu RASYIDEE masuk kelas aku , cehhh kelas aku :) . ok! start lah si budak SAFARINA IDAYUNI and the geng membebel . kebetulan kelas kami , kelas muzik :) . ok kau baca lah sendiri dialog dekat bawah ni .

Ina : cikgguuu , hari ni bufday seseorang .
Cikgu : :) siapa ?  
Hasanah : adelerrrrr .
Aliaa : :)
Aku : -.- .
Cikgu : ok semua bangunnnn  :)

so, diorang semua ni \ pelajar kelas 1 al-biruni / pon bangunlah .

Cikgu : 1 al-biruni kelas muzik kan ? :)
Murid2 : iyaaaa cikgu !
Cikgu : ok , kita semua test \mende entah lupa dah / ok , "AAAAAAAAAAAAAAAAA" :)
Murid2 : "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"

Cikgu : lagi lagi " AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"
Murid2 : " AAAAAAAAAAAAAA"
Cikgu : ok dah STOP! , kamu semua pandaikan nyanyi lagu " HAPPY BIRTHDAY "
Murid2 : pandaiiii :)

Cikgu : Ina , bufday siapa hari ni ?
Ina , Hasanah , Meeha : EMY cikguuu ! :D
Aku : -.-

Tiba-tiba , cikgu Rasyideee , lemparkan senyuman manis dia kepada aku -.- , haihh! macam-macam .

Cikgu : ok , ONE TWO THREE , HAPPY BIRTHDAY TO YOU ~
Murid2 : HAPPY BIRTHDAY TO YOUU , HAPPY BIRTHDAY , HAPPY BIRTHDAY TO EMY :) .
Cikgu : CLAP CLAP ! :)
Aku : Terima Kasihhh :)

ya allah ! memang happy gila lah aku time tu . tak tahu nak cakap apa  . TERIMA KASIH banyak-banyak kepada CLASSMATE aku , 1 AL-BIRUNI 2011 .  sayang kamu semuaa :) .
tu lah cikgu Rasyidee :) . Classmate aku ( 2011 ) 1 al-biruni .

Di Taman Tengku Anis 15/11 


aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada , Alya , Sasya ,  Aliaa , Safarina , Malin , Eja , Lily , Aeen , Nadiah , NurFarah  , Ain Domokun , Aisyah \adik sasya/ , Tengku Nurul Akmal and blablabla :) sebab datang untuk memeriahkan lagi majlis hari jadi aku dan malin si HIDUNG :) . aku memangmemang penat gilagila -.- .sebab berlari satu taman punya pasal .

Aku : malinn! lariii ! tuhhh! sek yo pege supik tepung !
Malin : LARIIIII!

at last , aku dan malin mandi tepung jugak akhirnya -.- . habis baju jadi putih , 30% jer lah . muka malin pulak , macam zombi kampung pisang HAHAH :) . selepas main tepung , kitorang amik gambar sikit . CLICK sini CLICK sana :) . memang HAPPY gila laahhh :) .

woooot , wooot aku dapat hadiah :) . Thankkss sekali lagi kepada Ain Domokun , Nurul Aliaa , Safarina , Roslily , Alya , Sasya and The Mr.Kuba  sebab bagi hadiah semua tuu :) .







besok sekolah , BAI BAI :)

Dear Follower :)

Assalamualaikum

Sorry sebab lama aku tak update entry blog , bukan apa . tak ingat password je sebenarnya . maklumah , lama dah aku tak BERblogging sampai tak ingat pass blog sendiri -.- hadoiyyy . Alhamdullilah , otak aku sekarang dah berfungsi dengan berkat semalam aku sembahyang tahjud bersama ayah dan adik aku yang bongsu tu , si Iman dan terima kasih banyak-banyak  kepada Allah S.W.T sebab makbulkan doa emy :) .

Dear Follower , siapa-siapa yang follow emy pastu emy tak hit back . haa! cepat-cepat tinggalkan LINK BLOG ANDA DI KOTAK COMMENT  ENTRY NI :) .


                                  comelkan lollipop ni :) . BAI BAI .

aku pon nak jugak .

Assalamualaikum
kejap . esok hari Isnin hurmmm . pastu lusa hari Selasa . waaaw! Selasa . Selasaaaaa! yeyeah ! Raya wooot wooot wooot ;D

ramai manusia sekarang yang post mengenai hari raya macam dekat bawah ni , dengan menggunakan laman sosial yang bernama facebook tu .

 :: minah gigi rongak post on your wall ::

Selamat Hari Raya Aildilfitri emyyy :)
Aku nak mintak maaf dengan kau .
kalau ada buat salah ke ape ke .
Jangan main bunga api tawww .
Nanti terbakar tangan kau .
Siapa yang susah . Nanti tak boleh raya tawww HIKHIK :) . 

haa! macam tuh lah . aku ada something nak cakap dekat kau ni . apa lagi kalau bukan .
                                                                                    
                                            *
                                            *
                                            *
                                            *
                                            *
                                            *
                                            *
                                            *
                                            * 
                                            *
                                            *
                                            * 
                                            *
                                            * 
                                            *
                                            *
                                            * 
                                            *
                                            * 
                                            *
                                            *
                                            * 
                                            *
                                            *
                                            *
                                            *
                                            * 
                                            *
                                            * 

                       






Aku pon , nak ucap jugak dekat kau , Selamat Hari Raya  :) .
Maaf lah kalau aku ada buat salah :)
Sebelum  family kau bertolak nak balik kampung tuu . kau cakap macam ni dekat ayah kau .

kau :: ayah , emy cakap " berhati hati di jalan raya , ingat orang tersayang . biar lambat asalkan selamat  HIKHIK and satu lagi . emy kirim salam " *peaceeee ;) . 

HAAHAH , cakap macam tu ok . gerenti!  ayah kau mesti tersenyum bagaikan kera busuk . tu jer lah entry aku untuk minggu ni ;) . oke lah baiii .

p/s :: baca je ? duit raya takde kee :) . 

AYAH SAYA BAIK :}


Assalamualaikum
meh baca entry minggu ni ;D

DI DALAM KERETA
aku :: hurmm penatt . abah nak pergi mana ni ?

abah :: nak pergi beli baju raya untuk emy lah :)

aku :: hah ! xD * dalam hati YEAYYYYY!

DI MALL
mak :: emy pergilah cepatcepat pilih baju kurung .

aku :: ok

mak :: emy ! dekat sini ada baju cantik .

aku :: hah ! mane ?

mak :: nih warna purple :)

aku :: urmmm , cantik :)

mak :: amiklah .

aku :: okelah . tapiii mahal lah RM50 hinggit :/

mak :: hah ! start dah . mahal murah dia tuuu .

abah :: takpe . amik je :) . taknak try dulu ke baju tu .

aku :: taknak lah . dah ok dah niii .

abah :: ok dah so, pergilah bayar . amik duit ni .

lepas amik duit 50 hinggit yang ayah aku bagi  tu , aku cepat-cepat menghampiri kaunter bayaran . nak mengorat abang hensem HIKHIK . ehh! taklah . nak bayar baju kurung yang aku amik tu lah .

DI RUMAH
mak :: emy try lah baju kurung tu :)

aku :: ok! kejappp .
 ~ 5 MINIT KEMUDIAN ~
aku :: maaa ! nih :D .

mak :: cantikk :) . abah tengok emy pakai baju kurung tu .

aku :: HIHI :)

abah :: cantik :)

thankss bebanyak abah :* HIHI .  ohh! akhirnya .  dapat jugak , pakai baju kurung baru untuk hari raya tahun ni . tanpa abah tersayang lagi tersayang muahmuah tu , kami seadik beradik tak akan dapat pakai baju raya . HIKHIK , kalau lah ayah aku tengah baca entry  yang ni , mesti dia sukaa :] .

SAYA SAYANG AYAH SAYA :* MUAH MUAH . macam skema jer  ayat aku -.-

errrr -.-

Assalamualaikum
ohhh! lagi 13 hari nak raya :D and lagi 13 hari lagi kita berpuasa :') . raya tahun ni aku tak berbaju kurung . agak bodosh kan ? . aku ni agak  susah sikit bab bab memilih baju . dalam kepala hotak aku , aku nak baju kurung tahun ni warna hitam  je . taknak warna lain . tapi , yang malangnya . apa yang aku inginkan tu tak tercapai :'( .

begini ceritanya ..... cehhh .
aku pi kedai " first lady " dekat kb mall . aku ada jumpa baju kurung warna hitam . mak aku kata baju tu kecik and bla bla bla  so , aku apa lagi . pergi lah cari dekat kedai lain -.- . dekat kb mall takde . aku pon pi lah pasar malam dekat " wakaf che yeh " . tiba tiba , WAHHHHHHH! XD JUBAHHHH ! .

cantik jubah tu . warna hitam . harganya RM80 hinggit . mahal lah jugak . tapi , tak boleh beli sebab tak cukup duit :( . at last , aku tak beli baju kurung . nanti raya pertama , aku kena pakai baju kurung yang tahun lepas punya .

rasa nak nangis pon ada . rasa nak marah pon ada .  tapi takperlah , aku abaikan semua ni . ok lah bai , takde mood ni .

p/s . besok hari rabu . YEAY CUTI >.<



oh! akhirnya

Assalamualaikum
oh! akhirnya siap jugak aku edit blog  . mulamula edit header  pastu tukar cursor yang baru HIKHIK . aku rasa background blog aku yang lepas kurang gempak so, aku tukar jugak background blog yang baru :)

semuanya dah berubah kot , cuma tuan punya blog je tak berubah . penat tu,  ada la jugak . kena cari tuto la . itu la ini la . sorry la , entry untuk hari ni pendek je . aku malas nak type panjangpanjang macam kacang panjang . okeyh lah bai :) and selamat berpuasa .


alaaaa :(

Assalamualaikum
hari ni malang gila kot . hurm , sebabnya . ni lah dia tuuu , kalau nak serang aku pon bagilah salam dulu . ni tak , main hentam je . ye takye pon! ketuklah pintu perut aku tu dulu .

GASTRIK , eh! gas teruk . entah pape lah -.- . penyakit tu lah yang buat aku puasa separuh hari . pukul 7.25 malam , penyakit tu serang tubuh badan aku . memang rugi lahkan . lagi 5 minit  je lagi nak berbuka puasa .

memangmemang sakit laaa . time aku kena penyakit tu , aku sesak nafas pastu kepala aku berpeluh and then , sakit ulu hati lagiiii hurm , rasa macam nak muntah . 4 dalam 1 -.- . amaaazinggggg :) -.-

time aku kena penyakit tu , mak aku jadi HEROIN :)) <3 . mak urut perut aku . urut kaki akuuuuu . ohhhh! best >.< . nak lagi ! nak lagi ! . pastu , mak aku suapkan laksa untuk aku HIKHIK . macam baby lah pulak .

btw , mak aku TERBAIKKKKKKK . :* muahh sikitttt .  oke lah bai :) and selamat berpuasa .


eh! air mata aku mengalir .

Assalamualaikum
fuhhhhhh , dah 4 hari berlalu . apa yang 4 hari tu ? . puasa lah braderrrr . bagi aku best gila kot puasa tahun ni :)) . sebabnyaaaaaaa . HEHEHEE . dapat prgi semayang terawih dengan mak aku :) tu je and satu lagi , mak aku masak makanan yang bestbestbestbestbestbestbest! time nak berbuka puasa :) .

okeyhhh . dah lah cakap pasal puasa semua ni . lain kali aku sambung pasal puasa ni  okeyh and now! aku nak story dekat kau pasal tajuk entry yang hari ni . hurrmmmm , nak kata sedih tuh . ada la jugakk . aku sakit hati jeee plusss sengsara kotttt .

ni tadi petang .  dekat skolah lah kan . time tu pukul 1.00 petang tak silap aku . haaaa! time tu jugak class aku subject ICT . ICT ni masuk bilik komputerrr . kalau ada komputer dekat bilik tu mesti ada internet jugakkan :) . okeyh , pastu . aku ngan kawan-kawan pi lah masuk dalam bilik tu .

cikgu aku suruh lah anak-anak murid dia semua ni  ,  bukak laman web THINKQUEST . setelah beberapa minit ,  semua dah log in laman web tersebut . cikgu aku tengah berbincang tentang ape entah .  yang aku tahunya dengan cikgu lain laaa . mestilah dengan cikgukan takkan dengan binatang pulak -.- hadoiyyyy .

kitorang ni nak kata degil tu ada la jugak . tapiii kan . sikit jeee :) . kawan aku ni , ada yang tengah bukak YOUTUBE . ada yang tengah dengar lagu hindustan . ada yang tengah BW . ada jugak yang tengah bukak FACEBOOK haaaaaaaa! terkantoi . tapi aku takderlah sampai bukak fb semua tu .

aku just BW jeeee . HEHEH . aku BW blog *teeeeeeet* biarlah rahsia :) . time baca blog dia tu , aku hayati betul-betul ayat dia . kalau aku tak faham , aku try jugak fahamkankankan . at last , wah wah wah! cantik betul air mata aku . hurmmmm , oke! aku terus terang . aku menangis .

macam manja je aku ni . tapi kannn , hurmmm . time aku menangis tu . si kawan aku ni Aliaa  cakap " emy jangelah jerik . saba lah . eeeee , mace shit jah ke " aku pon cakap "hurmmmm sambil menangis" nasib baiklah aku ada aliaa . kalau takde dia , aku rasa  , basah abis meja komputer .

and then , kawan aku si aliaa ni . bukak jugak blog si *teeeeet* tu . dia baca semua entry si teeeet tu . dia pon nak tahu jugakkan . aku menangis sampai merah muka . haiyaaaaaa -.- . aku ni sensitive sikit . yang aku tahu lah kan , aku tak boleh stress . kalau aku stress . aku akan sesak nafas atau demam . pelikkk jekan -.- .

YANG BAWAH NI , PART DEKAT RUMAH . :D
balik rumah je terus pi mandi . expreessssss :D haha . lepas mandi tu , terus pergi dekat ruang tamu . join adik aku . join ape erk ? . KELAB TIDUR SEBELUM  SOLAT ASAR :) . selepas solat asar , ayah aku tak kasi tidur . ohhh! kenapa kenapa ?! tok molekkkk sayang :) . lebihlebih lagi perempuan . kalau kau mengantuk jugak , ce try cara aku . pi jemur kain ke . tolong mak kau masak ke ape ke . lantak lahh :) .

okeyh , sambung balik . dalam pukul 4 petang cam tu lah . aku tersedar dari tidur . aku teringat time dekat skolah . aku kan ada cakap kat kau , yang aku menangis sebab blabla . aku teringat and then , dia keluar lagi . siapa lagikan kalau bukan si air mata yang lagi jernih tu . 

btw , aku malas dah crita dekat kau sampai A ke Z . lagipon , aku dah tau . kau manalah suka baca entry yang panjang lebar macam karangan ni  and aku dah berbaikbaik dengan dia :) ececececececec . alhamdullilah lah kan :) .

okeyh lah , perut dah kenyang . now! jom solattttt ! :D cehhhhhh . bai . see ya!





nenek saya TERBAIKKKK

Assalamualaikum
lama pulak rasanye aku tak update entry ~ . aku ada satu je nenek yang asli :') . nenek yang aku nak cerita dekat kau ni . nenek sebelah mak . atuk sebelah mak dah takde and nenek & atuk sebelah ayah pon dah takde . tapi , aku ada atuk dan nenek sebelah ayah yang tiri punya .paham tak? kalau tak paham . luuuuu pikirlah sendiri . ayat kurang hajauuuuu!

tadi , petang dalam pukul 5 petang lebih  . time aku jemur kain , mak aku dengan bajunya yang cantik lagi berbunya merah plusss tudung warna serba hitam ,  menghampiri aku .

and then , mak aku tanya . " emy nk g umoh mok ? " rumah 'mok' tu , rumah nenek aku la . aku pon jawab " hurmmm , buleh ugok . beta nok gi amik tudung" . aku cepatcepat menghampiri pintu rumah  . sampai jer, depan pintu rumah . aku terus tanggalkan selipar aku yang tak beberapa cantik . haih! buat apa ? nak masuk dalam rumah la . hadoiyyyy -.- . takkan nak masuk dalam kandang kambing pulak .

ok dah bersiap ! my pather and matherr sedang menunggu di dalam kereta . 5 minit kemudian , kami sekeluarga sampai ke destinasi . aku ni mabuk ke ape , guna ayat macam dalam karangan pulakkk -.- . sampai je rumah nenek tersayang . aku cepatcepat lari ke dapur rumah nenek aku . heheheheh

aku tergodekgodek cari buah . at last , jumpa jugak :D .heheh . dalam rumah nenek aku , memang setiap minggu mesti ada buah dalam rumah dia . ada pokok ke dalam rumah nenek kau emy ? haiyyyaaa -.- ini olang soalan macam mintak kaki jeee .


tadi , dekat umah nenek . aku makan buah rambutan and buah delima . wah wah! sedapppppp gila . aku ni minah buah tempatan . nenek aku baikkk . bagi je ape yang cucu dia nak :) .  kesian nenek aku , duduk rumah dia sorangsorang . suami dah takde . anakanak dia pon semuanya sibuk dengan rumah tangga masing masing .

tapi takpe nenek . nanti hari raya aidilfitri . semua anak nenek and the cucu yang cute miut semua tu balik kampung, eh! kejap yang  ayat cute miut tu  . aku pon termasuk jugak kan hehehe . aku pon cucu nenek jugakkkk hihi .  yeyeah! aku pon nak tumpang gembira jugak sebabbbbb . hehehehehe . dapat baju baru , kasut baru , tudung baru , duit raya .  haih! macam budakbudak aku ni .

mintakmintak lah kan . rumah baru aku  dan sekeluarga siap jugak nanti hari raya ni . nantikan , boleh raya rumah baru . WAAAAAAAAAAAHHHHHH! best >.< . rumah baru tu dekat je dengan umah nenek aku . depan tu jeeee . tak jauh pon :)

BTW , i love u nenekkkk :* muahhh sikit . eh! tak boleh sikit . kena banyakkk kan :) .


muka aku comot sikit . ala, sikit je heheh tak banyak pon . gambar tu , time dekat umah nenek .  yang sebelah aku tu , si iman . budak tu senang je kalau nak bergambar dengan dia . dia 50% sporting ;) . baju kami sama , HIJAU . hijau itu menawan hahahah . ape la entah aku mencarut .



HAHAHHA . apacam ? boleh lawan tak . bukan main ayu lagi adik aku si hakim tu . kau boleh buat muka ala ala ~ minah kurang asam gula macam dia ? HAHAHAHAH .

bai , aku mengantuk gila dah ni . see ya!

kini mereka telah pergi meninggalkan aku .

  Asslamualaikum
lama pulak aku tak update entry blog . sorry taw , bukan ape aku malas je sebenarnya :) . kenapa masa cepat sangat berlalu :'( . kau suka tak binatang ciptaan allah yang bernama kucing . kalau suka , aku ngan kau memang sehati sejiwa kotttttttt :) eh! cam tu ke ? -.- .

kau ada baca tak entry aku yang kat bawah entry ni . ala , yang tajuk " alhamdullilah dia dah pergi " . kan kat entry tu , ada aku cerita dekat kau pasal kucing . yang aku ada tolong diorang time hujan tu ;D . now! mereka dah pergi tinggalkan aku :'( . diorang semua ada penyakit . mula-mula yang warna putih mati :'( .

sumpah! rindu kat diorang . suka tengok kucing yang warna putih tu . bulu dia gebu :') , pastu telinga dia cute and then, ekor dia pendek je . yang warna black & white lak , ekor dia pendek jugak . yang ni manja sikit heheh macam aku la , manja :'D telinga dia ketot . pastu , dia ni gemok :') .

ada lagi dua ekor aku tak bagitahu kat kau ciri-ciri dia kan . ok! yang ni warna oren tak silap aku . yang oren ni COMEL ;) . betul aku cakap . oke pastu warna black , white & oren . yang ni kecik + pendiam . nakal pon ada . tapi kan , semua ni dah takde :'( .

dulu , bangun pagi-pagi terus pi dapur tengok diorang . suka tengok diorang tidur . yang si adik tu tidur kat perut abang dia :') . yang dua ekor lagi tu , tidur berjauhan . maybe , diorang tu tak suka tidur ngan abang & kakak dia kot , ish ish ish :)  .

aku ingat lagi , time tu hari minggu jugak . aku boring gila-gila time tu so, apa lagi . time to  bergurau senda dengan anak kucing ! yeah ! XD . aku bukak je pintu sangkar ank kucing tu , diorang terus menyanyikan lagu yang membuat telinga aku turut menari . nak tahu bunyi macam mane . ala , yang " meow meow " tu .

semua nak keluar dari sangkar tu so, aku apa lagi mengikut giliran ye :) . setelah beberapa saat , mereka semua dah keluar daripada sangkar yang tak seberapa cantik tu . tapi bagi aku cantik :) . ada yang abang tu gusti adik dia . haih! nakal pulak diorang tu . ada yang sorang tu guling-guling atas pasir :') .



tapi semua ni dalam kenangan :'( . takperlah , yang sudah tu  dah lah kan . ok lah. BAI . CHAU

alhamdullilah :) dia dah pergi .

assalamualaikum
asal petang ni panas gegila kot . nasib baik ada kipas yang sejuk + sejuk dalam bilik abang aku ni . aku pon ni, baru lepas golek2 badan dlam bilik abang aku . time hujan nak panas . time panas nak hujan kan ? . dah stop! cakap pasal hujan menhujan ni .

dah 8 hari aku tak pergi skolah . haih! ponteng ke ? . aku ni budak baik :) tak kan nak ponteng kot ~ ececcece bajet . aku sakit semenjak sepuluh menjak ni . penyakit CHIKEN POP binti aladdin ni , tiba2 serang tubuh aku . ribut takde , hujan takde . eh! tapi semalam lepas hujan -.- .

mula-mula kena tu sakit la jugak . bulat-bulat  penuh dekat perut semua tu . dekat belakang lagi sakit . nak tidur pun susah . pedih + sakit + nak nangis . pedih macam semut api waw!semut ada api :D gigit kau dua puluh empat jam . hah! renung2kanlah .

aku mana lah tahu penyakit ni takleh kena air hujan . ada satu malam tu , hujan lebat . ada lah anak kucing belakang rumah aku ni dalam 4 ekor . dalam hati aku berkata2 . "haih! nak pergi tolong ke tak . haih! kalau tak tolong kang kesian pulak dekat diorang tu . "

aku malas fikir panjang2 . aku cepat-cepat tolong anak kucing tu dengan bantuan adik kesayangan aku, iman :) . habis basah badan aku . tapi takperlah , aku tak kesah pon . asalkan anak kucing tu ok . kesian tengok diorang sejuk , yerlah lama la jugak anak kucing tu kena air hujan .

dalam pukul 11 malam . parents aku dah aku ada kat rumah . baru lepas balik dari kerja tu . aku ni pon pergilah dekat ayah aku . aku tanya " abah , gapo nih bulat2 " . ayah aku tengok dekat muka aku bulat2 tu .  . and then, ayah aku jawab " hah! keno chiken pop nih ".

ayah aku pon cakap lagi " emy keno tidur sore . baju hok nok basuh letok rago emy . jange kosi nga semo . nanti jakit . esok kito g klinik , emy takleh g skoloh nanti ari ahad nih .  " aku ni dengan muka tak bersalah angguk je apa yang ayah aku cakap tu . kakak aku tak tidur sekatil dengan aku . dia pergi tidur dengan abang and adik2 dia dekat ruang tamu . 

dah masuk 4 hari tak pergi skolah . setiap malam air mata aku akan mengalir . sakit derr~ . kau takperlah time kecik umur 6 tahun dah kena . aku ni , huh! sakit . ada la 4 hero aku ni . banyak kan hero aku :) hehehhe , jangan jelez .

  
ni lah hero-hero aku tu ;) . empat kesemuanya . yang tu warna pink cair . yang tu pink comel . yang sorang tu kecil je warna putih  . yang sorang lagi tu berCREAM . tanpa diorang , aku rasa time ni tak sembuh lagi kot penyakit aladdin tu -.- .  

best jugak kena penyakit ni . hari yang kelima tak silap aku , mak aku belikan makanan 'feveret' aku . fuh! asam . aku ni takleh lepas dengan makanan yang masam . sedap der~ . masam >.< . ada suatu hari tu , mak aku belikan buah mangga yang warna hijau kecik tu , yang masam belom masak lagi .

aku ni suka makanan yang masam . so , aku amik buah tu and aku amik garam satu sudu besar and then, letak dalam piring . makan dengan buah masam + garam . fuh! sedap . terkenyit2 mata aku . tak nak cuba ? hahhaha .

dah letih dah ni type panjang2 . homwerk bertimbun tak siap lagi . oke lah bai ;)

ini sedikit wajah ceria aku after penyakit tuh dah pergi sikit2 . alhamdullilah :) 

MENGGILA BERSAMA SAYANG

assalamualaikum
cepat pulak kau tekan entry ni kat dashbord tu -.- . ko ingat sayang sayang ni siapa ? -.-  adik aku la woiy ~  . mesti kau  fikir yang bukan bukan ni -.- . apa la ~

tadi dalam pukul 12 tengah hari . adik aku ni belum bangun lagi , oke aku geram . dia dengan abang2 dia tidur dekat ruang tamu . diorang memang suka tidur kat situ , dari dulu lagi . abang aku dah bangun . pagi2 dia dah bagun . so, tinggal lagi dua makhluk yang masih lagi dibuai mimpi  -.- .

time tu aku nak kemas rumah dekat kawasan ruang tamu . sumpah! benci tengok rumah tak bersih -.- habuk situ habuk sini . aku nak vacum kat ruang tamu tu  lah so, aku angkat adik aku yang bongsu tu . aku suruh dia bangun , tapi dia buat tak tahu -.- . dia kata masih mengatuk . tu lah semalam asal tidur lewat -.- .

aku cakap kat dia . cara2 nak bangunkan dia la ni . aku cakap " iman bangun , mandi . cepat2 mandi . kalau kau mandi awal , boleh main game x-box. hakim tak bangun lagi tu " biasanya diorang ni gaduh , gaduh sebab apa ? . yerlah kan, x-box ada satu je tapi nak main game yang berlainan citarasa -.- .

tunggu dalam 1 minit ,  pujukan aku tak berjaya -.- . dia masih lagi mengantuk . erh~ .  tiba2 hero datang ! wah! siapa? siapa? hahah . my DAD :) , ayah aku cakap kat diorang . "bagun2" . hahahha , adik aku yang bongsu cepat2 bangun , takut ayah dia marah lagi kalau masih lagi tak bangun .

zeeeengggg ~ bunyi vacum . dalam 10 minit cam tu , kerja aku dah siap . yang aku sukanya , adik aku mandi awal hari ni . lepas bangun dari tidur je , terus dia pi mandi .  biasanya , budak ni malas mandi . aku tak tahu kenapa -.- . kalau dia tak nak mandi , aku paksa jugak dia suruh mandi . busuk -.- .

pukul 4 lebih adik aku buat perangai lagi -.- . parents aku takde kat umah , pi amik gambar orang kahwin . dia punyalah pujuk kakak aku . dia suruh kakak aku buatkan air teh untuk dia . sampai nak menagis budak tu , sbb kakak aku tak nak buat . kakak aku kata dia malas -.-

aku kesian tengok dia . time tu aku tengah shoot . aku cakap kat dia " iman , jom amik gamba , baru aku buatkan air teh untuk kau " . dia senyap , buat bodoh . seolah2, aku tengah cakap dengan batu -.- tadi . grrr~

oke last2 dia ikut apa yang aku cakap . lepas shoot , dia cakap nak air teh . aku time lepas shoot tu, aku menghadap lappy sekejap .  time tu ,  aku sedang chat ngan kawan aku kat facebook and tiba2 budak tu menangis -.- .

last2 aku pi lah kat dapur and buatkan dia air teh -.- . bising satu rumah dengar dia menangis . adik aku ni manja mak aku cakap . ada suatu hari tu , dia merajuk sebab mak aku tak bawak dia pi shopping mall -.- .
dia merajuk lama la jugak . aku ngan adik aku sama je sebenarnya :) HIKHIK . kami manja der ~ mak aku cakap .  kalau buat salah sikit . gerenti kami merajuk :) . aku kalau merajuk , aku masuk dalam bilik and then, kunci pintu bilik . HIKHIK :)

THE END . bai :)




PENYAKIT BUDU BINTI IKAN KERING

assalamualaikum
kenapa aku tak tahu , malam-malam wajib kaki aku sejuk + dahi panas , tak pun pening kepala . aku tanya kawan aku , dia kata antibody aku lemah kalu malam-malam . tak taw la betul tak .

semalam tak silap aku . kaki aku start sejuk pukul 7 malam . sejuk semacam . time aku nak pergi dapur , nak minum air . aku rasa , hurm... macam mana ni nak terangkan kat kau susah -.- . ha! macam ada benda kipaskan kaki aku , memang sejukla .

aku sentuh dahi aku pulak . ok panas -.- . malam2 je penyakit ni datang . pagi and petang tak der pon . tu lah yang aku heran . haih ! -.-  . parents aku time tu takde kat umah . pi kerja der ~

nasib baik der ~ . aku menangis sorang2 semalam depan TV . time tu pukul 7 lebih . kalau parents aku ada . mesti diorang pelik -.- . asal lah anak dia tiba2 menangis -.-

time tu aku tengah meseg dengan kawan aku . teeeheee~ . aku cakap la kat kawan aku . aku cakap , aku takde semangat dah nak bermeseg and aku nak rest .  tangan aku time tu  pon "tegetar2" time nak tekan 'keypad' -.- . 

after adik aku mandi . memang perkara wajib dah . dia mesti pi depan kaca TV , pastu tekan butang game  X-BOX . and then, main game yang dia suka -.- . ok! time tu . aku sempat lagi tanya adik aku . ko nak tahu aku tanya apa . ok! baca dialog kat bawah . :)

aku :: iman sentuh kaki aku jap .
iman :: ada apa ?
aku :: sentuh jer lah . sejuk tak ?
iman :: sejuksejuk .
aku :') .

habis je kami berbual dia terus  sambung main  game x-box tu . memang takleh lepas dia dengan game -.- .  aku tahan , tak nak bagi air mata aku mengalir depan adik aku . kalau tak malu aku -.- .  untuk pengetahuan kau . aku ni sebenarnya pemalu -.- . hikhik ~ 



dahdah . aku nak pi main game cityville dalam fb . bai bai :) nanti aku sambung lain kali k! :')

PAGI2 BUTA

assalamualaikum
HIKHIK . lama tak upadte blog . sebenarnya blog aku dulu gila , aku dah try dah sing in banyak kali . tetapi tak menjadi gak . dia pi keluar background warna putih with ayat yang buat aku jadi gila  + sakit kepala + nak tikam2 screen laptop  -.- . tapi sekarang dah boleh bukak :) . HAPPY DER ~

beginilah muka aku time tu ( lebih kurang )  sengal je  . senyum pon tak ikhlas -.- . BTW, aku tu bajet muka putih -.- dalam gambar . abaikan ~

kau nak tahu tak ? nak tahu tak ? . takperlah tak jadi pulak nak bagi tahu kau . oleh di sebabkan aku sayang   kau . ok! aku cakap .  bismillah ~ aku nak cakap something kat kau ni . kau nak tahu tak ? -.-
aku sebenarnya update entry pukul 5 pagi lebih ni . PAGI2 BUTA .:DDDD . HIKHIK tu je sebenarnya :) . jangan marah der~

der der . aku cau dulu . MY kepala hotak binti kotak dah start . dia dah buat perangai -.- . ok! BAI DER ~



SORRY ENTRY TAK PANJANG ! :) 

YA ALLAH . THANZ :')

                 assalamualaikum
hujan tak kat kawasan rumah korang .cakapla hujan . sejuk tak ? . mestilah sejukkan . ok! stop cakap tentang hujan ni . korang nak dengar satu cerita tak ? . sebelum tu , prgi amik tasbih , sejadah , kain sembahyang  dandan alatan untuk solatlah . kalau tak nak pon takpe . tak paksa :) HOHO

time tu emy baru balik dari skolah . sampai umah terus pi masuk tandas nak mandi . besok ari jumaat . so, emy tdr lewat sikit . dalam kul 3 pagi / 2 pagi camtu la .

jam dah menunjukkan pukul 3 pagi . so, time to sleep ! fuh ! . ok! time tu emy lupa nak basuh kaki and baca ayat quran sebelum tidur :'( . tu lah careless sangat .

orang tua2 kata . kalau tak basuh kaki sebelum tidur . mudah dapat mimpi . so, emy dapatlah mimpi tu :'( . emy mimpi .......... ya allah susah nak cakap . :'( .. emy mimpi kat kelantan ada gempa bumi .

dalam mimpi tu : time tu emy pergi kb mall ngan ayah emy nak beli jam tangan yang baru . pastu emy rasa kb mall tu macam bergetar2 banyak kali . emy takut dah time tu .

pastu, semua orang keluar dari kb mall tu . takut ada apa2 . emy pon lari ngan ayah emy keluar dari bangunan kb mall tu . and then , emy tengok kat langit tu ada cahaya warna merah . ya allah ! memang emy tak tahu itu cahaya apa . :'(

emy takut tahap dewa time tu . emy nak call mak emy yang ada kat umah tu . nak mintak maaf ngan mak emy kalau ada  buat silap . tangan emy bergetar2 nak tekan number  mak emy .

tiba2 satu bangunan tu debuk!!!  ( paham2 jer lah :'( )nasib baik tak kena emy and ayah emy . pastu satu bangunan yang lain pulak . ok! yang tu pon nasib baik tak kena emy ngan ayah emy .

emy time tu lari dalam ketakutan sambil selawat . ya allah ! memang takut gila time tu .

emy tersedar daripada tidur , sambil mengucap2  "allah huakbar " banyak kali . air mata mengalir . sumpah ! time tu emy takut . emy ingatkan  benda tu betul2 berlaku .

emy bangun . pergi basuh muka . pastu , tengok ayah dan mak emy masih ada :') . BTW , thanz allah . allah dah bg petunjuk kat emy . thanz bebanyak :') .

mula dari tu lah . setiap hari, after sembahyang emy baca al-quran . 1 hari 2/3 helai muka surat. kalau emy nothing to do kat umah . emy baca yaasin .dlm nada yg perlahan . takut family emy dgr -.- .

kalau tak ABC , emy tak baca . tapi hati nak sangat2 baca al-quran . memang tak boleh lepas ngan al-quran . kalau ABC kan tak boleh :"( .



renung2kan wahai sahabat2ku :') .
p/s :: emy buat entry ni sambil mengalirkan air mata :'(

bai :') . gudnite all .

EEXXAAMM !!

                assalamualaikum
sorry aku  lama dah tak update blog sebab sibuk dengan HW lagi . homwerk dahla bertimbun . setiap hari wajib kena ada HW . cikgu bagi -.- . sabo jerlah . nak pandai kena ikut apa yang cikgu suruh  kankankan :)

ok! next week , start exam 18 hari bulan limau , eh! lima . form 1 je yang aku tahu exam bila . so, kenalah study elok2 kan . result PKBS1 . ok! tak memuaskan :( . insyallah PKBS2 ni aku buat elok2 .

facebook pon  jarang2 aku bukak . tu pon kalau sempat, aku  bukaklah  facebook . korang exam bila ? . buat elok2 okeyh .sebelum  nak jawab soalan tu, bacalah dulu ayat2 al-quran , al-fatihah ke ape ke . lantak korang lah . jangan baca yang bukan2 pulak . *nak mengajo lah pulak budak ni -.- cepuk kang * . apa dah tu orang cakap..  SHARING IS CARING kan . betul tak aku eja ? .

k lah bai .  malas nak type panjang2 . nak pergi tidur . mengantuk tahap ciput dahni ~,~



ANAK KUCING :)

                assalamualaikum
kenyang tahap ciput dapat makan masakan mak aku . nasi ayam pedas . sedap  beb :) . SILA JELEZ . ok! hari ni bukan tentang  nasi aku nak cerita kat korang .

time tu aku lupa dah bila an . aku duduk lam bilik , sambil menyanyi depan cermin ( bajet suara best -.- )  . time ni dalam kul 11 lebih .

hujan lebat kan so, aku kuatkan suara  sikit . time tu nyanyi lagu ape entah . tiba2.... tentedeng! tebabo ! =.="  aku dengar ank kucing mcm cari mak dia . tapi bukan diorang cari mak dia pon =.= " ." YAU2" lebih kurang macam tu la suara anak kucing tu . semua 3 ekor . banyak -.- .

ank kucing tu  semua duduk kat kawasan belakang rumah , ( paham2 jer lah ) . aku dah wat tempat untuk diorang .  aku letak kain buruk  kat tempat diorang tu , nak elakkan dr terkena cahaya matahari and  aku bajet tak kene air juhan lahkan .

ok! dah cakap tentang sangkar kucing tu , sambung balik . pastu kakak aku cari aku and dia cakap ....

kakak emy :: emy anak kucing . kena air hujan nuh !

emy :: hah!

aku pon kelam kabut dah ni . ya allah ! mcm mana ni . panik dah ni ! . nasib baik kakak aku ada . uh! kalau tak ...... tak tahula apa yang terjadi =.= .  aku pon cepat2 pergi amik payung ngan kotak kasut yang tak nak guna .

kakak aku amik kain yang tak nak guna dah . baju sekolah aku yang lama , tak nak guna dah baju tu . pastu kakak aku keringkan kucing tu . lap2 ngan kain .

baju aku basah  kuyup sebab kena air hujan . tak kesah lahkan , baju lain  ada lagi . BTW, anak kucing tu selamat daripada terkena air hujan  . kalau tak menggigil lah diorang -.- . k lah bai . nak sambung buat kerja skola  :)

thanz awak coz  sudi baca entry ni . :) BAI


gambar ni sekadar hiasan untuk entry ni :) BUKAN ANAK KUCING UMAH AQ NI  :) 

YESH! YESH !

                    assalamualaikum
nak dengar satu cerita . ok! meh dengar . tadi emy boring tahap gilar barbie . fb baru aku  yg EMY LIA tu   4 orang je yg on9 , nak chat ngan diorang tapi malu ~

so, emy dengar lagu korean 4 MINUTE . pastu tetiba timbul idea kat aku punya kepala hotak . dalam hati aku dah start berkata2 =.= . " nak try change pass sekali lagi  yg fb lama " . maksud aku , kan aku  ada cerita yg fb lama aku tu. tak boleh bukak sebab tak ingat pass . 

aku  logout fb yg EMY-LIA tu . pastu buat2 tekanlah change pass and bla2 . dia ada wat  ayat apa entah . BLA2~ sebelum aku  tekan button YES untuk apa entah , aku  baca surah al-fatihah , takut tak menjadi sebab tu baca surah.. sesambil tu dah wat ibadat kan . ibadat la sangat =.='

pastu tekan2 . dia kata bla2 . las kali keluar fb EMY CADBURRY !. YA ALLAH !!! fuh muka aku  time tu tak boleh bayang . HAPPY LUCKY sensangat . ! dalam hati cakap " ya allah terima kasih " pastu friend request banyak tersengeh dah macam kambing . :)

akhirnya doa aku dimakbulkan  . YA ALLAH thanz :) . AKU GERAM NAK LOMPAT MACAM KANGGARU !

picture ni sekadar hiasan untuk entri ni :)